Tuan-tuan dan puan-puan sedang mencari kereta sewa di kawasan Sungai Petani? Kini tuan-tuan dan puan-puan tidak perlu mencari-cari lagi, di Sungai Petani terdapat perkhidmatan Kereta Sewa oleh ketasewadelivery.com yang menawarkan harga serendah RM53 sehari, dan harga dijamin adalah terbaik dari perkhidmatan-perkhidmatan kereta sewa yang lain.
Di ketasewadelivery.com anda mempunyai pelbagai pilihan untuk menyewa kereta dari pelbagai jenis, termasuklah kereta berjenis sedan, compact, luxury atau mewah, MPV (multi purpose vehicles) ataupun kereta pacuan 4 roda atau 4×4. Siapa yang tidak mahu menyewa kereta sewa di Sg Petani dengan harga dari RM53 sehari? Mana nak dapat harga macam tu ya? Pasti anda tak sabar-sabar nak menyewa kereta dari ketasewadelivery.com!
Kereta Sewa Sungai Petani Hanya Dari RM53 Sehari
Anda juga akan dijamin dengan perkhidmatan dan servis yang mesra daripada petugas-petugas ketasewadelivery.com, dan tambahan pula anda mempunyai pilihan untuk kereta sewa tersebut dihantar di lokasi anda! Wah, menarik tu! Sekiranya anda di sekitar kawasan Sungai Petani, dengan ketasewadelivery.com anda boleh meminta untuk kereta tersebut dihantar di tempat anda. Di samping itu juga, anda juga boleh mendapat tambahan masa sewa kereta sehingga satu jam! Wow, bagusnya perkhidmatan dari ketasewadelivery.com! Semestinya satu-satunya perkhidmatan kereta sewa Sungai Petani yang sememangnya memberikan perkhidmatan dengan dijamin harga yang cukup baik!
Berikut adalah jenis-jenis kereta yang boleh disewa di ketasewadelivery.com:
Kereta Sewa Sungai Petani Bersaiz Compact / Kecil
Sekiranya anda minat kepada kereta yang kecil dan compact, ketasewadelivery.com menawarkan pelbagai kereta compact seperti Perodua Viva, Proton Waja, Proton Saga BLM, Perodua Myvi, Perodua Myvi 1.3 New Spec serta Perodua Axia, dengan kadar sewaan harian, mingguan atau bulanan. Sekiranya anda mengambil kereta sewaan untuk bulanan, anda akan mendapat nilai sewa sebanyak RM53 sehari. Dengan bentuk yang kecil dan mementingkan penjimatan minyak serta mudah untuk dipandu, ia merupakan pilihan ramai bagi mereka yang mementingkan budget dan kos, ataupun bagi mereka yang meminati kereta yang bersaiz kecil.
Kereta Sewa Sungai Petani Bersaiz Sedan
Ketasewadelivery.com menawarkan kereta-kereta sedan, antaranya adalah model Honda Civic FD, Toyota Vios 2015 serta Toyota Vios 3rd Version. Mampu memuatkan lima orang dengan selesa, pemanduan yang cukup selesa, ruang but yang luas, dan kebolehgunaan yang biasanya didapati oleh kereta Honda dan Toyota di mana tempat duduk belakang boleh dilipat unuk membesarkan ruang untuk menyimpan barang, ia adalah sesuai untuk keluarga atau kumpulan kecil atau bagi mereka yang inginkan keselesaan dalam pemanduan.
Kereta Sewa Sungai Petani Serba Guna / Multi Purpose Vehicle (MPV)
Bagi anda yang mahukan kereta yang serba guna atau bercirikan MPV, anda boleh memilih sama ada dari model Perodua Alza 1.5, Toyota Innova, Nissan Grand Livina ataupun Proton Exora. Kereta MPV kebiasaanya cukup luas dan mampu memuatkan sehingga 7 penumpang dengan selesa, sesuai bagi mereka yang ingin membawa keluarga bersiar-siar di sekitar Sungai Petani.
Kereta Sewa Sungai Petani Versi Mewah / Luxury
Bagi anda yang mementingkan kemewahan serta keselesaan yang optimum tanpa mengira kisah mengenai budget anda, kereta-kereta model yang dinyatakan ini mungkin memenuhi citarasa anda. Anda boleh memilih sama ada model BMW F30, Honda Accord, Honda CR-V, Honda HR-V, Hyundai Starex, Toyota Vellfire 2.4 ataupun Vellfire Pilot Seat. Dengan pilihan kereta mewah sedan seperti Honda Accord atau BMW, ataupun MPV mewah seperti Toyota Vellfire, anda akan dijamin dengan keselesaan pemanduan yang optimum disamping memberikan keselesaan serta kepuasan bukan pada anda tetapi juga kepada keluarga atau rakan-rakan yang turut serta bersama-sama anda.
Kereta Sewa Sungai Petani Pacuan 4 roda (4×4)
Ketasewadelivery.com juga menawarkan kereta berpacuan enpat roda atau 4×4 bagi mereka yang inginkan kereta yang lasak dan mampu meredah apa jua keadaan jalan. Antara model-model kereta yang terdapat di ketasewadelivery.com termasuklah Mitsubishi Triton, Nissan Navara dan Isuzu DMAX. Memandangkan kereta 4×4 merupakan kereta lasak dan kebiasaannya memerlukan pemandu yang berkebolehan, Mitsubishi Triton dan Isuzu DMAX ditawarkan dalam gear manual supaya kuasa maksimum dapat diperolehi.
Perkhidmatan Kereta Sewa Pengantin / Wedding Car Di Sungai Petani
Selain daripada perkhidmatan kereta sewa yang disediakan, kereta sewa Sungai Petani ketasewadelivery.com juga menawarkan kereta sewa pengantin / wedding car untuk upacara perkahwinan! Sekiranya anda inginkan keunggulan dan gaya untuk hari raja sehari anda, anda pasti akan kagum dengan pilihan kereta pengantin yang boleh didapati.
Kereta Sewa Sungai Petani Dan Pemandu / Chauffeur
Tambahan dari itu juga, ketasewadelivery.com juga menawarkan perkhidmatan chauffeur / pemandu sekiranya anda tidak mahu memandu dengan sendiri dan ingin mencari khidmat pemandu. Kos pemandu termasuk sekali dengan sewa kereta mengikut jenis, dan caj bagi perkhidmatan ini adalah termasuk tol, minyak petrol, pemandu yang cekap dan beremah, kereta yang berkondisi baik dan juga air mineral percuma. Semestinya harga yang ditawarkan adalah dijamin harga yang terbaik.
Dapatkan Kereta Sewa di Sungai Petani SEKARANG !
Jadi janganlah tuan-tuan dan puan-puan tunggu lagi! Segeralah layari laman web ketasewadelivery.com atau boleh dihubungi seperti berikut:
Tel: +6011 2652 9130
Email: mightycarrental@gmail.com
Laman web: http://www.ketasewadelivery.com
Alamat: 31-A Lorong 20, Taman Petani Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia.
The post Kereta Sewa Sungai Petani appeared first on Prof Hariz.