Kolestrol merupakan sejenis bentuk lemak yang terdapat di dalam darah dan badan anda. Ia dihasilkan oleh organ hati di dalam badan anda, dan anda juga boleh memperolehi kolestrol daripada makanan-makanan seperti ikan, telur, keju, susu dan bermacam-macam lagi. Kolestrol dalam kuantiti yang sedikit sebenarnya adalah baik dan berguna di dalam badan anda kerana ia membantu dalam proses tumbesaran tubuh dan juga memberi manfaat kepada badan anda seperti pada otak, kulit dan juga organ-organ badan yang lain.
Yang menjadi masalah adalah sekiranya kandungan kolestrol di badan anda lebih daripada yang sepatutunya, yang mungkin berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang atau berlebihan. Lebih-lebih lagi sekiranya kandungan kolestrol secara semulajadi di dalam badan kita pun sudah berada dalam kuantiti yang banyak. Apabila ini berlaku, kolestrol seakan-akan “terapung-apung” di dalam darah anda dan ia lambat laun akan melekat pada dinding saluran-saluran darah di dalam badan anda. Semakin lama, saluran darah akan mengecil dan sehingga ia boleh jadi tersumbat, dan itu merupakan punca seseorang boleh mendapat serangan jantung, stroke (angin ahmar) dan sebagainya.
Oleh itu, adalah menjadi suatu perkara yang amat penting untuk mengawal kandungan kolestrol di dalam badan anda dan juga mengetahui cara-cara untuk mengawal kandungan kolestrol dan pada masa yang sama dapat mencegah serangan jantung dan stroke. Di sini kita akan cuba kongsikan beberapa tips, petua atau cara-cara mengawal kandungan kolestrol di badan anda. Mari kita lihat apakah tips-tips dan cara-cara yang kita semua boleh amalkan supaya kita dapat menjaga kesihatan serta dapat mencegah daripada serangan jantung atau stroke.
Berikut Adalah Cara Mengawal Kandungan Kolestrol dan Mencegah Serangan Jantung
#1: Oat
Sekiranya anda ingin mencari jalan atau cara untuk mengurangkan serta mengawal kandungan kolestrol di dalam badan anda serta mencegah serangan jantung dan stroke, anda perlu mengubah sarapan pagi anda. Sebagai alternatif kepada sarapan pagi anda seperti nasi lemak, roti canai, atau kuih muih, apa kata anda berubah kepada makan bijirin oat. Sekiranya anda mengamalkan cara yang semulajadi ini, anda boleh mengurangkan kandungan kolestrol jahat (bad cholestrol / LDL cholestrol) sebanyak 5% dalam masa 6 hari. Ini adalah kerana oat mengandungi satu bahan yang dinamakan sebagai beta-glucan yang bertindak untuk menyerap kolestrol jahat (LDL) di dalam badan anda.
#2: Ikan Salmon
Ikan salmon mengandungi asid lemak Omega 3 (Omega 3 fatty acids), salah satu bahan yang memang terbukti dan terkenal dalam pelbagai khasiat dan maanfaat kepada tubuh badan, seperti menjauhkan daripada penjakit jantung, penyakit dementia, dan juga penyakit-penyakit yang lain. Kini, asid lemak Omega 3 ini juga dapat membantu dalam mengurangkan dan mengawal kandungan kolestrol di dalam badan anda di samping mencegah daripada menghidapi penyakit stroke dan jantung. Omega 3 fatty acids bukan hanya terhad kepada salmom sahaja, malah anda boleh mencari makanan-makanan lain yang kaya dengan Omega 3 fatty acid. Ia juga dapat menaikkan kandungan kolestrol baik (HDL) yang mana ia amat bernamfaat kepada tubuh badan anda.
#3: Teh
Tahukah anda bahawa teh telah digunakan secara turun-temurun dan ia mengandungi anti-oksidan yang banyak yang dapat bantu melawan sel-sel kanser di dalam badan. Tambahan pula, meminum teh juga dapat mengurangkan serta mengawal kandungan kolestrol anda di dalam badan anda. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh USDA, teh mempun mengurangkan kandungan lipid lamam banda sehingga hampir 10% dalam masa tiga minggi. Jadikan teh sebagai minuman harian anda untuk dijadikan sebagai cara mengawal kandungan kolestrol dan mecegah serangan jantung dan stroke.
#4: Coklat
Anda paset terkejut, macam mana pula coklat boleh tersenarai dalam cara-cara uuntuk membantu anda mencegah serta mengawal kandungan kolestrol di dalam bagan anda dan juga pada masa yang sama dapat menghindari anda daripada serangan jantung, stroke dan sebagainya. Memakan coklat dapat membantu dalam penambahbaikan kolestrol baik (HDL) di dalam badan. Kajian telah dijalankan ke atas suatu focus group yang mana hasil daripada kajian tersebut mereka yang telah diberi makan serbuk koko asli telah menampakkan peningkatan kolestrol baik (HDL) sebanyak 24% dalam masa 2 minggu. Tetapi bukan sebarang coklat ya! Coklat yang pahit (dark chocolate) adalah coklat yang paling sesuai untuk diamalkan, kerana berbanding dengan coklat susu (milk chocolate), ia mengandungi 3 kali ganda anti-oksidan daripada coklat jenis yang lain, dan ini dapat membantu dalam mengurangkan keadaan saluran darah tersumbat.
#5: Bawang Putih
Bawang putih sememangnya mengandungi pelbagai khasiat dan digunakan secara turun-temurun sebagai ubat untuk pelbagai jenis penyakit. Selain daripada menambahkan perisa dan selera dalam makanan anda, bawang putih tergolong di antara makanan-makann yang dapat mengurangkan kandungan kolestrol di dalam badan anda. Ia juga didapati dapat membantu dalam mengatasi blood clot atau darah beku di dalam badan, mengurangkan tekanan darah dan juga melindungi anda dari pelbagai jangkitan-jangkitan penyakit.
Kajian yang terkini juga menunjukkan bahawa bawang putih dapat membantu mencegah plaque yang mana plaque akan melekat pada saluran darah, dan ia mampu menghalang plaque tersebut. Amalkan 2 hingga 4 ulas atau butir bawang putih segar setiap hari.
Kita telah melihat beberapa tips-tips, petua-petua serta cara-cara untuk mengawal kandungan kolestrol di dalam badan serta petua-petua atau cara-cara untuk mencegah serangan jantung serta stroke. Sebenarnya banyak lagi petua-petua, tips-tips atau amalan-amalan yang anda boleh cuba untuk berusaha mengekalkan, mengawal dan mengurangkan kandungan kolestrol di dalam badan.
Yang pentingnya kolestrol jahat atau LDL / bad cholestrol yang perlu dikurangkan dan selain daripada 5 cara yang anda telah ketahui, terdapat pelbagai cara lagi seperti memakan makanan yang sihat seperti minyak zaitun, bayam, aplukat / avokado, beberapa jenis marjerin yang mengandungi HDL, dan lain-lain. Kini anda akan diperkenalkan pula dengan satu produk yang lebih mudah dan lebih berkesan dalam mengawal kandungan kolestrol dan mencegah serangan jantung serta stroke. Mari kita lihat apakah produk yang diperkatakan tersebut.
GCHerbs Distrol Cara Yang Berkesan Untuk Mengawal Kandungan Kolestrol
GCHerbs Distrol merupakan supplement yang dikeluarkan oleh syarikat GammaCare Sdn Bhd (No syarikat: 1126388-W) dan ialah merupakan salah satu produk atau supplement yang bertujuan untuk membantu anda mengawal kandungan kolestrol dan mencegah serangan jantung dan stroke. Ia marupakan satu-satunya supplement yang bertindak untuk mengawal dan merendahkan kembali kadar kolestrol dalam badan ke paras normal, dan pada masa yang sama dapat menghindari penyakit-penyakit yang berpunca daripada kandungan kolestrol yang berlebihan dalam badan, seperti salur darah tersumbat, tekanan darah yang tinggi, serangan jantung ataupun angin ahmar atau stroke.
GCHerbs Distrol bukan sahaja diibaratkan sebagai supplement, malah ia adalah ubat yang digunakan secara tradisional untuk kesihatan umum. Setiap botol bagi supplement atau ubat tradisional GCHerbs Distrol mengandungi 30 kapsul yang mana cara pemakanannya adalah untuk mengambil 2 biji kapsul setial kali, 2 kali sehari selepas makan. Insya Allah sekiranya anda mengamalkan GCHerbs Distrol ini ia akan dapat membantu anda sebagai cara yang berkesan untuk mengawal kandungan kolestrol serta mencegah serangan jantung dan stroke.
Kandungan GCHerbs Distrol Untuk Mengawal Kandungan Kolestrol
Apakah bahan-bahan yang terkandung di dalam kapsul GCHerbs Distrol yang dapat mampu mengawal kandungan kolestrol di dalam badan anda di samping dapat mencegah daripada serangan-serangan penyakit seperti penyakit jantung dan stroke? Setiap kapsul GCHerbs Distrol mengandungi dua bahan atau ramuan yang terbukti dapat memberikan keputusan yang berkesan dalam mencegah kolestrol yang berlebihan di dalam badan anda.
Salah satu ramuan yang terkandung dalam GCHerbs Distrol dinamakan sebagai Monascus purpuserus Weng, atau anda mungkin lebih mengenalinya sebgai red yeast rice. Red yeast rice merupakan ekstrak yang didapati daripada beras yang telah difermentasi oleh sejenis yis yang dipanggil Monascus purpureos dan ia digunakan secara turun temurun terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan juga di negara-negara Asia yang lain sebagai ubat traditsional yang bertujuan untuk merendahkan kandungan kolestrol di dalam badan. Ia mengandungi beberapa ramuan atau bahan-bahan yang dapat menurunkan kadar kolestrol di dalam badan secara semulajadi, dan juga mengandungi beberapa komponen seperti sterol, isoflavin dan juga monounsaturated fatty acids atau “lemak sihat”.
Ramuan lagi satu yang terkandung dalam CGHerbs Distrol ini memang satu-satu ramuan yang cukup dikenali, iaitu teh hijau atau “green tea”. Dikenali secara saintifik sebagai Folium Camellia Sinemsis, teh hijau atau green tea mempunyai pelbagai manfaat dan khasiat dan baik untuk kesihatan. Teh hijau mengandungi anti-oksidan yang dapat membantu anda untuk mencegah free radicals daripada merosakkan badan anda, dan kajian telah menunjukkan bahawa sekiranya ada mengamalkan meminum sehingga 10 cawan teh hijau dalam sehari, ia dapat mengurangkan kandungan kolestrol jahat (LDL kolestrol) di dalam badan di samping mengekalkan paras kolestrol baik (HDL kolestrol). Atas dasar inilah yang mana teh hijau adalah ramuan utama di samping red yeast rice sebagai agen untuk merendahkan serta mengawal kandungan kolestrol di dalam badan anda.
Dapatkan Produk GCHerbs Distrol Untuk Mengawal Kandungan Kolestrol SEKARANG!
Produk GCHerbs Distrol terbukti berkesan untuk mengawal serta merendahkan kembali kadar kolestrol di dalam badan ke paras yang normal, serta ia juga seterusnya dapat menghindari anda daripada penyakit-penyakit seperti serangan jantung dan stroke. Dapatkan GCHerbs Distrol sekarang dan anda akan berada di jalan yang menuju kepada kesihatan badan yang lebih baik dan sempurna dan juga amalkan pemakanan yang sihat supaya badan anda mampu mencegah penyakit-penyakit seperti angin ahmar / stroke, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dah sebagaimya. Ayuh dapatkan GCHerbs Distrol anda sekarang!
GammaCare Sdn. Bhd. 1126388-W
Taman Serdang Perdana,
Seksyen 6, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Laman Web Utama: www.gcherbs.com.my
Email: sales@gammacare.com.my
Telefon: 016-9800696, 0389260696
Waktu Perniagaan: 8:30am – 5:30pm Isnin – Jumaat
The post Cara Mengawal Kandungan Kolestrol dan Mencegah Serangan Jantung appeared first on Prof Hariz.