Nak kahwin tapi stress memikirkan pakej perkahwinan yang semakin mahal? Pakej katering merupakan salah satu elemen yang melibatkan kos terbesar yang perlu di bayar dalam sesebuah majlis perkahwinan. Kebanyakkan pakej katering kini melebihi RM10/pax. Kalau anda bakal berkahwin di Kuala Lumpur, sudah tentu kosnya lebih tinggi. Apa yang tak best ialah, bayar harga pakej yang mahal, tapi kualiti makanan yang disediakan hambar. Malu kat para tetamu kan.
Korang tahu ke ada satu syarikat yang menyediakan pakej katering murah dengan kualiti makanan yang sedap di Kuala Lumpur ni? Kalau tak tahu, ni nak tolong bagitahu. Rizsha Bridal Collection sanggup menawarkan harga pakej katering yang murah dengan servis tip top walaupun harga barangan naik. Rizsha Bridal Collection menyerap kenaikan harga barangan demi untuk memberikan kepuasan kepada para pelanggan mereka. Nasib baik la masih ada yang prihatin kan. Kalau tak, makin ramai la tak kahwin.hihi.
Menu Pakej Katering Murah dari Rizsha Bridal
Rizsha Bridal Collection bukan sahaja menawarkan pakej katering yang murah tapi makanan yang disediakan juga dijamin sedap. Mana nak dapat oi pakej murah dan sedap macam ni. Pakej yang disediakan adalah sangat lengkap dan ramai pelanggan yang berpuas hati dengan servis yang diberikan. Rizsha Bridal Collection amat mementingkan citarasa pelanggan. Menu yang disediakan bukan sahaja sedap malahan bertepatan dengan citarasa orang Malaysia. Bahan yang digunakan juga merupakan bahan berkualiti. Ha, jom kita tengok menu yang disediakan. Hanya dengan harga serendah RM9.50 / pax anda akan mendapat kesemua item dibawah:
- Nasi Beriyani
- Nasi Putih
- Daging dendeng hitam
- Jelatah
- Dalca
- Papadom
- Buah-buahan
- Air sirap/punch
- Bubur manis
- Teh tarik
- Dua jenis kuih-muih
- Makanan untuk pengantin (makan beradab)
Wow, banyaknya menu. Nanti dulu, bukan ini je tau, apa yang lagi best, pakej ini disertakan sekali dengan waiter dan waitress. Dah tak payah keluar duit nak upah makcik kendarat lagi tau. Murah tak? Murah sangat dah ni. Dengan kos tak sampai RM10/pax anda mendapat pakej katering yang serba lengkap. Dah lah dapat menu yang sedap, dapat tambahan pencuci mulut seperti teh tarik, kuih-muih dan bubur manis, dapat waiter dan waitress pulak tu. Fuh, mana nak cari pakej macam ni di zaman gawat ni lagi kan? Cuba lah cari di Kuala Lumpur pakej semurah dan sesedap ni. Confirm tak jumpa tau.
Teruja kan dengan tawaran pakej katering tadi? Ha, ni nak tambahkan lagi keterujaan anda dengan servis lain yang yang ditawarkan oleh Rizsha Bridal Collection. Rizsha turut menawarkan pelbagai servis lain yang diperlukan di majlis anda. Servis yang ditawarkan termasuk andaman, kanopi, photography dan PA system. Maksudnya, anda tidak perlu pening kepala lagi untuk survey dan mencari servis lain dan berurusan dengan pelbagai pihak untuk memastikan kelancaran majlis anda. Semuanya ada di Rizsha Bridal Collection. Yeay bestnya! Dah tak payah stress lagi. Sekarang dah boleh kahwin dengan tenang. Biarkan pakar perkahwinan anda uruskan segalanya.
Bukan Saja Pakej Katering Murah Malah Pakej Serba Lengkap
Rizsha Bridal Collection menawarkan pakej serba lengkap untuk majlis perkahwinan dengan harga serendah RM20/pax sahaja. Selain daripada pakej katering seperti diatas, pakej RM20/pax ini merangkumi perkara seperti dibawah:
Khemah (scallop mengikut tema, kerusi, meja, kipas air dan meja potong kek) bernilai RM2500
1 khemah pelamin
1 khemah makan beradap
3 khemah tetamu
*Penambahan bagi setiap 1 khemah bernilai RM350 sahaja
Andaman dan hiasan bernilai RM5000
- Make up sebanyak dua kali (nikah dan sanding)
- Baju nikah dan baju sanding (lelaki dan perempuan)
- Set aksesori
- Bunga tangan
- Bantal nikah
- Set pelamin
- Payung pengantin
Photographer bernilai RM900
- Mockup sticky album
- Gambar 4R 120 keping
- Indoor, outdoor, nikah dan bersanding
PA System bernilai RM600
- DJ
- Mikrofon
- Skrin Tv
Wahhhh banyaknya boleh dapat dengan RM20/pax kan? Macam tak percaya. Minimum pax hanya 900pax sahaja bagi membolehkan anda mendapat harga hebat ini.Tapi bukan ni je tau. Rizsha Bridal Collection siap nak bagi FOC item lagi ni. Aduh, ruginya kalau tak ambil pakej mereka ni. FOC item yang akan diberikan adalah kek 2 tingkat, goodies dan set kambing golek. Serius ada set kambing golek lagi brader! Menangis guling-guling pengantin yang dah kahwin minggu lepas. Hahaha. Kepada bakal pengantin yang tidak memilih Rizsha Bridal Collection, anda memang rugi besar. Yang dah kahwin nak buat macam mana kan. Redha je la.
Kepada yang berminat untuk membuat tempahan majlis perkahwinan, anda boleh menghubungi Rizsha Bridal Collection seperti yang tertera dibawah.
Cepat hubungi mereka sebelum tempahan penuh. Bukan apa, takut kempunan je nanti sebab tak dapat grab harga murah dan servis tip top mereka ni. Jom jimat duit untuk majlis kahwin, duit balance boleh buat pergi honeymoon. Yeay!
Anda Mungkin Meminati
The post Pakej Katering Murah dan Sedap di Kuala Lumpur appeared first on Prof Hariz.