Hampir semua rumah mempunyai laptop sekarang ini. Dunia tanpa sempadan kini menjadikan penggunaan laptop dan peranti elektronik lain sebagai keperluan bagi setiap orang. Anak-anak sekarang lebih celik IT berbanding kita pada zaman 20 tahun lepas. Penggunaan laptop juga menjadi sangat penting sekarang kerana peningkatan jumlah peniaga-peniaga yang berniaga secara online.
Walaupun begitu, kita selalu berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan tempat untuk servis dan format laptop di Kuala Lumpur ini kan? Apatah lagi nak dapatkan tempat format laptop yang berkualiti. Betul tak? Saya yakin ramai orang menghadapi masalah yang sama.
Susah Mencari Tempat Format Laptop Yang Tip Top Di Kuala Lumpur ?
Saya selalu dengar keluhan kawan-kawan yang mengadu laptop mempunyai masalah lain selepas di hantar servis atau format. Sedih jugak kan, dah bayar mahal-mahal untuk servis dan format laptop, tapi laptop masih tak boleh digunakan. Bahkan kadang-kadang duit yang dibayar untuk servis dan format laptop melebihi harga sebuah laptop, tapi hasilnya masih mengecewakan. Sedih sedih.
Keadaan ini terjadi kerana ada sesetengah peniaga sendiri yang bersikap tidak jujur semasa menjalankan tugas untuk servis dan format laptop. Kesimpulannya memang susah sangat nak mencari tempat format laptop yang tip top di Kuala Lumpur sekarang ni. Siapa setuju?
Tapi korang jangan risau sebab saya dah jumpa tempat servis dan format laptop yang sangat tip top kebabom di Kuala Lumpur ni. Haaaa nak tahu tak? Hahaha, saja je nak buat suspend. Sebenarnya memang ada tempat untuk servis dan format laptop yang terbaik di Kuala Lumpur ni.
Servis diaorang ni memang sangat menarik kerana motto diaorang adalah untuk memberikan servis berkualiti dan jujur semasa menjalankan tugas. Amacam, best kan? Jadi lepas ni takde lah kena tipu dengan tukang format laptop lagi kan? Fuhh legaaaa. Jom saya cerita tentang servis dan format laptop yang paling best di Kuala Lumpur ni. Mesti korang dah tak sabar nak tahu tu. Hehe.
Perkhidmatan FR Laptop Servis Di Kuala Lumpur
Pernah dengar tentang FR Laptop Servis? FR Laptop Servis menyediakan pelbagai kemudahan servis laptop termasuk format laptop di Kuala Lumpur. Servis diaorang ini memang sangat mantap. Buktinya, korang boleh lihat sendiri testimoni yang banyak oleh pelanggan yang berpuas hati dengan servis mereka.
Haaa..banyak nak cerita pasal servis tiptop diaorang ni. Korang tunggu je lah. Lepas ni confirm korang takkan hantar laptop korang kat tempat lain. Mesti nak hantar ke FR Laptop Servis jugak. Hehehe.
FR Laptop menyediakan servis bukan sahaja terhad kepada format laptop malahan servis untuk desktop, iMac dan iphone juga disediakan tau. Sekarang ni FR Laptop Servis buat tawaran kepada 1000 yang terawal menghantar iphone 4/5/6 untuk di servis akan mendapat tempered glass secara percuma. PERCUMA okay.
Dah lah dapat servis yang mantap dan berkualiti, dapat hadiah lagi. Memang berbaloi-baloi. Takde tempat lain di Kuala Lumpur yang sediakan perkhidmatan best macam ni kan?
Diantara servis lain yang ditawarkan oleh FR Laptop Servis termasuk dust cleaning. Dah selalu sangat pakai laptop dan desktop tapi tak pernah bersihkan dalamannya kan. Sebab tu lah performance laptop tak mantap. FR Laptop Servis menyediakan servis dust cleaning jugak.
So, korang boleh lah mintak diaorang bersihkan laptop korang yang dah berkepul habuk tu sekali okay. Jadi, lepas ni korang dah tak payah nak cari tempat lain dah. Pergi je ke FR Laptop Servis, selesai semua masalah. One stop center untuk semua masalah.
Lokasi FR Laptop Servis Format Laptop Di Kuala Lumpur
Kalau korang nak tahu, lokasi FR Laptop Servis terletak di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Mesti korang nak cakap yang korang takde masa nak hantar laptop ke Kuala Lumpur kan? Dah faham sangat dah. Hehe.
FR Laptop Servis menyediakan perkhidmatan pick-up dan delivery bagi pelanggan yang berada di sekitar Gombak-Shah Alam dan Bangi.
Jadi, korang dah tak perlu bersusah payah ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menghantar laptop kerana FR Laptop Servis menyediakan perkhidmatan runner khas untuk korang. Amacam? Kan saya dah bagitahu tadi, servis dorang memang dasyat beb.
Korang dah tak payah nak tempuh jalan yang sesak dan membazir tenaga dan duit untuk ke FR Laptop Servis. Hanya hubungi FR Laptop Servis dan aturkan penghantaran.
Hanya RM10 Kos Penghantaran Servis Laptop di Kuala Lumpur
Abang-abang runner yang jujur lagi amanah akan mengambil laptop anda untuk diservis dan menghantarnya semula ke depan pintu selepas selesai di servis atau format. Kos penghantaran mahal? Jangan risauuuu. Kan saya dah bagi jaminan servis dorang ni tiptop tadi. Hanya RM10 sahaja kos penghantaran dikenakan.
Fuh, murah tak hengat. Apa yang penting, korang dah tak payah pening-pening., tau-tau je laptop dah ada depan mata dan sedia untuk digunakan.Memang terbaik lah FR Laptop Servis ni, pusat format dan servis laptop terbaik di Kuala Lumpur setakat ni yang saya jumpa.
Warranty Motherboard Laptop Sehingga 5 Bulan Hanya di Kuala Lumpur
Selalunya kalau korang hantar laptop untuk servis di tempat lain, mereka akan bagi warranty untuk motherboard paling lama pun sebulan je kan? Nak tahu FR Laptop Servis bagi warranty berapa lama? Jenjengjeng.
FR Laptop Servis bagi warranty selama 5 bulan bagi servis motherboard dan logicboard iMac okay.
Bukan 2 bulan atau 3 bulan tetapi 5 bulan. Tawaran yang sangat hebat dan tak mampu dilepaskan. Betul tak saya cakap tadi? Hahaha.
Apa yang paling best sebenarnya ialah FR Laptop servis sangat mengutamakan kepuasan pelanggan. Oleh itu mereka menjanjikan servis yang berkualiti dan jujur dalam urusniaga. Dua kunci utama ini amat penting bagi FR Laptop Servis. Jadi, korang tak payah risau lagi lepas ni, laptop korang akan selamat di FR Laptop Servis. Jaminan korang tidak akan ditipu jika menggunakan servis mereka inshaAllah.
Diskaun Sebanyak RM10 Bagi Setiap Kali Anda Datang Ke FR Laptop
Diantara sebab lain saya mengatakan FR Laptop Servis pusat format laptop terbaik di Kuala Lumpur adalah kerana mereka menyediakan kad keahlian buat pelanggan mereka. Memang beruntung sangat sesiapa yang memiliki kad keahlian ini. Sebab apa? Sebab korang boleh mendapatkan diskaun sebanyak RM10 setiap kali menghantar laptop untuk di servis.
Selain itu, keistimewaan lain yang akan korang perolehi jika memiliki kad keahlian ini adalah diskaun sebanyak RM50 servis laptop semasa hari lahir korang. Hahaha, ini memang terbaik. Mana nak dapat tawaran diskaun macam ni beb? Carilah kat tempat lain kalau boleh jumpa. Hanya di FR Laptop Servis je korang boleh dapat diskaun yang banyak dan istimewa macam tu.
Tak percaya dengan apa yang telah saya katakan dari tadi? Korang boleh baca dan lihat sendiri testimoni daripada pelanggan mereka yang sangat berpuas hati dengan servis mereka di Facebook FR Laptop Service. Servis yang berkualiti, pekerja yang jujur, tawaran yang sangat hebat dan bayaran perkhidmatan yang murah semuanya ada di FR Laptop Service. Betul tak?
Okay-okay, saya pasti di saat ni korang dah tak terlalu teruja dan tak sabar sangat nak hubungi FR Laptop Service, pusat format laptop terbaik di Kuala Lumpur.
Hubungi Servis Format Laptop di Kuala Lumpur
Korang boleh terus hubungi maklumat FR Laptop Servis seperti di bawah untuk sebarang pertanyaan.
Sila follow mereka rapat-rapat bagi mendapatkan maklumat terkini serta tawaran istimewa yang ditawarkan. Pelbagai tips juga dikongsikan oleh FR Laptop Service melalui akaun FB nereka. Apa tunggu lagi, hubungi FR Laptop Servis di talian 017 288 2349 sekarang!
Anda Mungkin Meminati
The post Format Laptop di Kuala Lumpur – Pickup & Delivery RM10 appeared first on Prof Hariz.