Anda cantik. Jelita dan anggun. Wajah anda sentiasa kelihatan berseri-seri dan kulit anda kelihatan segar. Itu semua hasil dari usaha anda menjaga kulit dengan rapi. Anda tak pernah lupa membersihkan muka dan menyegarkannya dengan penyegar, pelembap dan serum. Tapi semua itu tak bererti jika “Miss V” anda tak dijaga dengan rapi juga. Penjagaan rapi Miss V amat penting bagi setiap wanita kerana Miss V adalah aset utama bagi seseorang wanita. Kebersihan Miss V perlu dijaga kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran haid, hubungan seks dan kehamilan. Jadi untuk mengelakkan sebarang masalah atau penyakit, Miss V hendaklah dijaga dengan teliti kerana Miss V sensitif kepada keadaan sekitarnya dan senang dijangkiti kuman.
Tahukah anda bahawa 90% wanita mengalami masalah dengan Miss V mereka? Ini adalah fakta yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan. Kebanyakan wanita mengalami masalah dengan Miss V mereka. Antara masalah yang lazim ialah kegatalan di sekitar Miss V, keputihan yang banyak dan berbau, bisul dan jangkitan saluran kencing atau kencing kotor (urinary tract infection). Kebanyakan masalah Miss V berpunca dari pembersihan Miss V yang tak sempurna. Bila berada di rumah, bolehlah kita cuci Miss V bersih-bersih. Tapi bila di luar Miss V dicuci ala kadar saja. Lebih-lebih lagi bila menggunakan tandas awam yang sudah tentulah digunakan oleh ramai orang dan banyak kuman serta bakteria membiak di situ.
Tisu Miss V Daun Sireh & Pati Mawar Imaan Feminine Wipes.
Memperkenalkan Tisu Miss V Imaan Feminine Wipes. Imaan Feminine Wipes ialah penyelesaian kepada masalah Miss V. Ia adalah sejenis Tisu Miss V yang direka khusus untuk kebersihan dan kesejahteraan zon intim wanita. Imaan Feminine Wipes merupakan satu-satunya produk tisu lembap yang mengandungi ekstrak daun sireh dan pati mawar. Gabungan daun sireh yang memang sudah secara tradisional digunakan secara meluas untuk membersihkan zon intim wanita dengan pati mawar yang harum dan mampu melembapkan kulit menjadikan Imaan Feminine Wipes Tisu Miss V yang istimewa.
Jadikan Tisu Miss V Imaan rakan baik anda. Bawalah ia ke mana saja kerana ia dilengkapi ciri-ciri berikut untuk membantu menjamin kebersihan dan kesejahteraan Miss V anda:
- Anti fungal
- Anti bakteria
- Anti septik
- Antioksidan
- Anti keradangan
- Tanpa alkohol dan bahan kimia berbahaya
- Memiliki PH yang seimbang (3.5 – 4.5)
- Berbau harum
Tisu Miss V Imaan Feminine Wipes – Membersih, Menyegar dan Melindungi
Tisu Miss V Imaan Feminine Wipes berfungsi dengan tiga cara – membersih, menyegar dan melindungi. Ekstrak daun sireh di dalamnya mengandungi antiseptik yang boleh membunuh kuman dan antioksidan yang berpunca dari bakteria dan kulat. Pati mawar pula bertindak sebagai pengimbang PH, melembapkan kulit dan memberikan rasa nyaman, sejuk dan segar kepada kulit di sekitar Miss V.
Tisu Miss V Imaan Feminine Wipes adalah untuk kegunaan luar sahaja. Senang sangat penggunaannya. Selepas bersihkan Miss V, lap menggunakan Imaan Feminine Wipes. Ia sesuai untuk digunakan oleh semua peringkat umur. Bukan sekadar untuk kebersihan Miss V, anda juga akan menikmati manfaat berikut hasil dari penggunaan Imaan Feminine Wipes:
- Tiada masalah keputihan, Miss V berbau dan gatal
- Rasa nyaman ketika haid
- Boleh bersolat tanpa was-was
- Memudahkan perjalanan atau percutian anda, lebih-lebih lagi ke negara di mana tandasnya tidak dilengkap dengan paip
- Pelengkap istinjak
- PH seimbang di zon intim
- Miss V berbau harum aroma mawar
- Kekal yakin dan segar sepanjang hari
Testimoni Tisu Miss Imaan Feminine Wipes
Mari baca apa kata mereka yang sudah menggunakan Tisu Miss V Imaan Feminine Wipes.
“Tak ada rasa gatal atau rasa kering. Tisu ‘malam Jumaat’ memang best! Rasa segar dan penuh yakin setiap kali bersama suami” – Ninie, KL.
“Selama ni saya risau setiap kali nak gunakan public toilet. Sekarang dah tak lagi. Tak ada air atau tak ada tisu memang dah tak jadi masalah sebab tisu Imaan ni sentiasa ada dengan saya.” – Seri, Singapura.
Jadikan Tisu Miss V Imaan pelengkap hari anda. Bawalah ke mana saja untuk kekal bersih, segar dan yakin sepanjang hari. Saiznya kecil, boleh dimuatkan dalam dompet, beg tangan, malahan dalam poket jeans. Dengan manfaat yang banyak dan harga yang murah, Tisu Miss V Imaan Feminine Wipes memang ‘mesti ada’ bagi setiap wanita.
Harga Tisu Miss V Hanya RM7 Sepeket !
Harga Tisu Miss V Imaan Feminine Wipes hanyalah RM7 sepeket. RM7? Ya, betul. Murah kan? Nak murah lagi? Dapatkan 1 set Imaan Feminine Wipes pada harga RM17 sahaja. 1 set mengandungi 3 peket Tisu Miss V. Tapi mana cukup 3 peket, kan? Nak bersih dan sihat kenalah beli dan guna lebih sikit. Dapatkan terus 1 kotak Imaan Feminine Wipes pada harga yang sangat berbaloi. RM102 sahaja untuk 1 kotak yang mengandungi 18 peket Tisu Miss V. Kalau anda beli 1 kotak harga sepeket lebih murah dari RM7. Tak percaya? Ambil kalkulator sekarang dan kiralah sendiri.
Di mana nak dapatkan Tisu Miss V yang istimewa sangat ni? Jom tengok Facebook dan laman web di bawah:
Facebook: https://www.facebook.com/angelfazlieyana
Laman web: http://imaansuci.com
Telefon: 013 668 6697 – Angel Fazlieyana
Tunggu apa lagi? Bebaskan Miss V anda dari masalah keputihan, gatal, berbau dan rasa tak selesa. Gunakan Tisu Miss V Imaan Feminine Wipes. Miss V sihat, anda ceria. Dengan Tisu Miss V Imaan Feminine Wipes, mudah saja. Lap, lap… dah bersih!
Anda Mungkin Meminati
The post Tisu Miss V Daun Sireh & Pati Mawar appeared first on Prof Hariz.