Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 959

Kambing Perap Bakar Yang Sedap di Lembah Klang

$
0
0

Kambing Perap Bakar

Kambing oh kambing

Kenapa engkau sedap

Macam mana aku tak sedap

Aku sudah diperap

Kambing oh kambing

Apa nak buat selepas diperap

Selepas perap bakar sekejap

Selepas bakar terus ngap

Hah, mari baca pasal kambing.  Bukan kambing yang mengembek tu, tapi pasal daging kambing yang marvelicious (marvellous + delicious)Biasa tak dengar orang-orang tua takut nak makan kambing? Alasannya daging kambing panas, lepas makan kepala pening, takut darah tinggi naik dan daging kambing banyak kolestrol. Tahukah anda bahawa daging kambing sebenarnya mengandungi banyak khasiat dan lebih baik berbanding daging lembu? Percaya tak kalau saya katakan daging kambing baik untuk kesihatan jantung?

Kambing Perap Bakar 1

Menurut laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kambing menyediakan 63 peratus daripada bahan daging yang dimakan di seluruh dunia.  Daging kambing adalah sumber protein utama di kebanyakan negara Arab dan Afrika Utara. Ia juga adalah makanan yang diminati di kebanyakan negara Asia Tenggara, kepulauan Carribean dan kawasan tropika yang lain. 

Banyak kajian yang telah dijalankan sebelum ini mendapati paras kolestrol dan lemak tepu dalam daging kambing jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikannya pilihan daging merah yang terbaik. Kalori dalam daging kambing juga lebih rendah berbanding daging lembu dan ayam manakala kandungan lemak tak tepu dalam daging kambing jauh lebih tinggi daripada daging lain.

Daging Kambing Perap dari Hanz Periuk Belanga di Lembah Klang

Memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko sakit jantung dan strok, marilah kita makan daging kambing. Tak tau macam mana nak masak daging kambing? Tak payah pening-pening, beli saja Daging Kambing Perap dari Hanz Periuk Belanga.

Daging Perap

Kambing Perap dari Hanz Periuk Belanga adalah daging kambing perap yang tersedap di Lembah Klang.  Harganya pula sangat berpatutan. Sebekas kambing perap dijual pada harga RM25 sahaja. Hanya daging kambing yang segar dan terbaik yang digunakan untuk menghasilkan kambing perap Hanz Periuk Belanga. Campuran rempah yang diperbuat dari bahan-bahan segar kemudiannya dilumurkan pada daging kambing untuk menghasilkan kambing perap yang marvelicous.

Kambing Perap  Senang Di Masak & Sedap

Kambing perap Hanz Periuk Belanga boleh dinikmati dengan pelbagai cara. Cara yang paling senang dan paling popular ialah dengan membakar daging kambing perap. Senang saja caranya, keluarkan kambing perap dari peti ais.  Kalau anda simpan di bahagian sejuk beku (freezer), biarkan daging kambing perap lembut dulu. Bila dah lembut, bakarlah ikut cara yang anda suka.

Kambing Perap di kl

Anda boleh bakar dalam oven, bakar atas kuali non-stick, bakar dalam pemanggang ajaib atau panggang secara barbeque. Anda tak perlu tambah garam, rempah atau sebarang perisa tambahan kerana ia telah diperap secukupnya. Oleh kerana daging kambing perap Hanz Periuk Belanga dihiris nipis dan menggunakan daging kambing yang segar, ia cepat masak. Tak perlu menunggu lama untuk dagingnya empuk.

Kambing Perap Bakar

Kambing perap bakar Hanz Periuk Belanga boleh dinikmati dengan apa-apa jenis sos. Nak cicah dengan air asam pun boleh sangat. Untuk menaikkan selera, kambing perap bakar boleh dihidangkan dengan juadah sampingan seperti kentang lenyek (mashed potato), kentang goreng (french fries), salad, coleslaw, jagung bakar dan kalau dicicah dengan air asam ia sesuai dihidangkan dengan ulam-ulaman.  Makan dengan nasi panas.  Gerenti marvelicous!

Kambing Perap Bakar yang Sedap di Lembah Klang

Ibu-ibu yang bekerja kadang kala kesuntukan masa untuk memasak juadah makan malam. Kambing perap bakar adalah pilihan yang tepat untuk menyediakan juadah berkhasiat dalam masa yang singkat bagi santapan keluarga anda. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan hidangan menggunakan daging kambing perap bakar yang ringkas tapi berkhasiat. Antaranya anda boleh menggunakan kambing perap bakar Hanz Periuk Belanga untuk menghasilkan sandwich, rencah mi atau mihun goreng, dimakan bersama dengan pasta atau yang paling mudah buat saja lamb chop.

kambing perap sedap

Senang cakap kambing perap Hanz Periuk Belanga ni bukan untuk dibakar saja. Boleh buat macam-macam hidangan untuk memenuhi citarasa sekeluarga. Ibu gembira kerana kerja memasak jadi mudah, anak-anak gembira kerana rasanya lazat dan bila ibu dan anak-anak gembira, ayahnya tentulah yang paling gembira. Kambing perap Hanz Periuk Belanga memang sesuai untuk semua peringkat usia.

Pakej Kambing Golek Sedap dari Hanz Periuk Belanga

Kambing Golek sedap

Hanz Periuk Belanga juga menyediakan kambing golek untuk apa saja majlis. Kenduri kahwin, kenduri aqiqah, birthday party atau apa saja majlis keraian akan menjadi lebih meriah bila disajikan kambing golek yang diperap dengan rapi dan dipanggang dengan teliti. Pekerja Hanz Periuk Belanga akan memastikan kambing golek dipanggang sehingga masak dan dihiris dengan elok untuk memudahkan tetamu menikmatinya. Setiap tempahan kambing golek akan diiringi dengan sos lada hitam, salad, mayonnaise, thousand island, roti bawang putih dan sup cendawan. Semuanya lazat-lazat, pasti tetamu anda akan berpuas hati menikmati kambing golek yang disediakan oleh Hanz Periuk Belanga.

Pakej Kambing Golek Sedap

Susu Kambing Segar dari Hanz Periuk Belanga

Susu Kambing Segar

Di samping itu Hanz Periuk Belanga juga membekalkan susu kambing segar. Susu kambing memang diketahui banyak khasiat dan kelebihan berbanding susu lembu, namun tidak ramai yang memilih meminum susu kambing kerana tidak mudah mendapat bekalan dan persepsi bahawa susu kambing berbau hamis. Namun susu kambing sebenarnya kaya dengan khasiat yang bermanfaat untuk tubuh dan kulit. Susu kambing juga sesuai untuk bayi kerana ia mirip susu ibu.

Hubungi Untuk Dapatkan Kambing Perap, Susu Kambing Segar dan Kambing Golek

Kini, mudah saja.  Anda cuma perlu hubungi Hanz Periuk Belanga untuk mendapatkan bekalan susu kambing segar yang dijamin penuh khasiat, bersih dan halal. Daging kambing adalah daging kegemaran Rasulullah s.a.w.  dan meminum susu kambing juga adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Jadi bagi yang ragu-ragu untuk makan daging kambing dan minum susu kambing, Hanz Periuk Belanga menjemput anda menghubungi untuk bekalan daging kambing perap, kambing golek dan susu kambing yang lazat, segar dan berkhasiat pada harga yang berpatutan.

Kambing Perap

COD boleh diuruskan untuk anda yang berada di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Subang.  Hubungi Hanz Periuk Belanga di nombor 017 677 4864. Maklumat lanjut mengenai kambing perap, kambing golek dan susu kambing juga boleh didapati dari Facebook Hanz Periuk Belanga.

Tunggu apa lagi?  Jom makan kambing perap bakar!

No telefon:  017 677 4864

Facebook:  www.facebook.com/hanzproduct

The post Kambing Perap Bakar Yang Sedap di Lembah Klang appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 959

Trending Articles