Masa belajar dulu, kami pernah adakan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang. Saya ingatkan Pulau Pinang ini pulau yang ter’pulau’, tiada orang. Rupanya, Pulau Pinang sebuah negeri yang sangat cantik dan maju. Patutlah ramai pelancong yang memilih Pulau Pinang sebagai destinasi percutian di Malaysia. Bukan pelancong tempatan sahaja, dari luar negara pun ramai. Sekali jejak ke Pulau Pinang, mesti nak datang lagi sebab sekali datang memang tak sempat nak pergi semua tempat menarik yang ada di Pulau Pinang.
Pulau Pinang, Destinasi Pelancongan Kegemaran Ramai
Bukan setakat banyak tempat menarik, pelbagai jenis makanan yang sangat sedap dan menyelerakan menanti pengunjung yang suka mencuba juadah baru di tempat yang baru. Contohnya nasi kandar, rojak, pasembor dan macam-macam lagi. Ramai juga yang berkunjung ke Pulau Pinang semata-mata untuk menjamu selera di tempat-tempat terkenal di pulau mutiara ini seperti di Padang Kota. Di sinilah kita boleh merasa sendiri keenakan Nasi Kandar Beratur dan Nasi Kandar Deen Maju.
Untuk pengunjung yang sukakan suasana pantai, mereka boleh singgah di Batu Feringghi. Di sana, terdapat banyak chalet dan resort murah dan juga yang bertaraf 5 bintang. Jadi, Batu Feringghi sangat sesuai untuk semua pengunjung, tidak kiralah yang bercuti dalam tight budget atau yang sukakan resort mewah. Bukan calang-calang pemandangan laut dan pantai di sini. Inilah yang menyebabkan kawasan Batu Feringghi tidak pernah suruh daripada para pelancong.
Kalau ada yang rasa macam ingin ke tempat lain, mereka boleh ke Teluk Bahang sebab Teluk Bahang juga tidak kurang hebatnya dari segi pemandangan pantainya. Ia pasti akan menjadikan percutian kita lebih bermakna. Yang lagi best di Teluk Bahang, kita boleh menikmati suasana romantik di tepi pantai sambil makan Laksa Pinang dan Mee Udang. Pastinya akan menjadi satu pengalaman manis yang tak mungkin dilupakan.
Cuma, persoalan untuk transportasi selalu timbul. Bukan apa. Ada orang lebih suka datang dengan flight atau bas sebab tidak gemar memandu. Yelah, memandu agak meletihkan juga. Bila letih, jadi tak syok pula nak berjalan-jalan. Jadi, macam mana nak bergerak kalau datang dari jauh tak bawa kereta?
Sebenarnya, transport bukan lagi satu masalah besar apabila berkunjung ke Pulau Pinang. Kan dah ada Syarikat Ridho Travel? Jangan risau. Kalau setakat nak berjalan-jalan dalam Pulau Pinang, Ridho Travel boleh tolong. Mereka akan membawa anda ke mana sahaja yang anda mahu, merangkumi seluruh bahagian pulau.
Syarikat Ridho Travel Tawarkan Pakej Kereta Sewa dengan Pemandu
Syarikat Ridho Travel adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang berpatutan. Semua orang pasti mampu untuk menikmati servis yang berkualiti dengan harga yang murah dengan Ridho Travel. Semuanya bergantung kepada kehendak pelanggan sama ada mahukan servis bajet atau servis yang lebih selesa.
Yang pasti, walaupun dengan harga yang rendah, pelanggan akan merasai pengalaman menyewa kereta yang terbaik. Yang paling penting, bukan setakat kereta, pelanggan juga boleh menyewa dengan pemandu kereta sekali! Menakjubkan bukan?
Sewa Kereta, Dapat Pemandu Sekali? Kini Realiti !
Inilah kelainan yang dibawa oleh Syarikat Ridho Travel. Pelanggan boleh menyewa kereta, pakej sekali dengan pemandu professional dan berkebolehan. Pemandu mereka merupakan pakar kalau berkaitan dengan jalan-jalan di Pulau Pinang. Pelancong yang baru kali pertama menjejakkan kaki di Pulau Pinang tidak perlu risau sesat di sana dengan servis ini.
Jangan tidak tahu, jalan di sana pun ada yang bengkang-bengkok. Akan jadi masalah besar kalau tiada dalam kumpulan kita yang tahu selok belok jalan. Bila ada pemandu, benda jadi senang. Tinggal senaraikan sahaja tempat yang ingin dilawati. Insya Allah, boleh sampai.
Penumpang kereta sewa tinggal goyang kaki sahaja di tempat duduk belakang sambil berbual dengan keluarga dan rakan-rakan. Tidak perlu lagi menghadap telefon bimbit untuk melihat peta Waze atau Google Maps yang memeningkan kepala dan ada kalanya lebih menyesatkan.
Tidak perlu lagi berhenti di tepi jalan untuk bertanyakan arah. Disebabkan inilah, Ridho Travel sangat sesuai untuk mereka yang benar-benar ingin bercuti dan berehat sepenuhnya. Alang-alang bercuti, apa salahnya bercuti daripada memandu juga.
Walaubagaimanapun, apa yang selalu mengganggu fikiran apabila ingin menyewa kereta adalah keadaan kereta itu sendiri. Bila sebut kereta sewa, kita selalu membayangkan kereta lama ala-ala teksi tanpa pendingin hawa dan berbau busuk. Dengan Ridho Travel, anda tidak perlu risau.
Ridho Travel Begitu Mementingkan Keselesaan Pelanggan
Ridho Travel begitu mementingkan keselesaan pelanggan. Ini terbukti apabila mereka menyediakan kereta mewah seperti Toyota Vios dan ke atas untuk para pelanggan yang mempercayai servis daripada syarikat mereka. Untuk sewaan kereta dengan pemandu, kereta yang disediakan bukan calang-calang. Bermula dengan Toyota Vios dan ke atas, pastinya perjalanan anda akan menjadi lebih selesa.
Kalau diikutkan, servis sebegini pastinya mahal, tapi tidak dengan Ridho Travel. Ridho Travel tetap dengan prinsip mereka yang menyediakan servis pakej kereta sewa dengan harga yang berpatutan dan rendah kalau disbandingkan dengan syarikat lain. Patutlah ramai yang memilih Ridho Travel untuk percutian mereka.
Untuk pakej sewaan kereta dengan pemandu, anda akan mendapat:
- Pemandu yang professional, cekap dan amanah. Ini penting untuk memastikan keselamatan dan keselesaan perjalanan.
- Petrol/minyak percuma. Anda tak perlu kongsi duit untuk kos petrol dengan servis kereta sewa Ridho Travel. Anggap saja minyak sudah disponsor. Jimat beb.
- Tol percuma. Eh, tadi petrol tak perlu bayar. Tol pun percuma juga. Ok, lebih sikit bajet untuk makan dan shopping!
- Air mineral percuma. Aik, percuma lagi? Jimat lagi? Suka sangatlah kalau macam ni. Tiada lagi kehausan di dalam kereta. Tiada lagi berhenti di kedai runcit sekadar nak beli air minuman.
- Keadaan kereta yang baik. Ridho Travel sentiasa memastikan keadaan kereta sewa mereka dalam kondisi terbaik. Mereka sentiasa berusaha untuk memaksimumkan keselesaan para penumpang.
Kelebihan Menyewa Kereta dengan Pemandu di Ridho Travel
Kelebihan menyewa kereta dengan Ridho Travel memang banyak. Kita cuma perlu Whatsapp untuk pemandu mengetahui aturan perjalanan. Jom kita lihat.
KEBOLEHPERCAYAAN
Pertama sekali, Ridho Travel menyediakan pemandu dan staf yang berpengalaman dan professional. Mereka sudah terlatih untuk menjalankan tugas sebagai chauffeur. Mereka pastinya akan membantu menjadikan perjalanan anda lebih bermakna.
PENJIMATAN MASA
Anda tidak perlu membuang masa merancang perjalanan sebab pemandu yang akan merancang untuk anda. Contohnya, jalan yang perlu dilalui untuk mengelakkan kesesakan trafik dan tempat parking yang sesuai. Masa yang lebih boleh digunakan untuk aktiviti tambahan.
KESELESAAN
Sebagai penumpang, tiada apa-apa yang perlu dirisaukan sepanjang perjalanan. Anda boleh duduk berehat dan bersantai. Nikmatilah perjalanan anda semaksimum mungkin kerana staf akan memastikan anda sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.
PENJIMATAN WANG
Yang paling penting, anda mampu berjimat dengan servis sewa kereta dan pemandu kerana bayaran yang dikenakan sudah termasuk dengan bayaran tol, petrol dan air mineral untuk setiap penumpang. Best kan?
PILIHAN KERETA YANG PELBAGAI
Pernah tak rasa nak naik kereta Toyota Alphard atau Hyundai Starex tapi kecewa sebab tak mampu nak beli? Dengan Syarikat Ridho Travel, anda boleh! Inilah masa untuk anda merasai perjalanan dalam kereta mewah.
Kereta Bersaiz Biasa – Toyota Vios
Amboi, semua kereta mewah yang selalu menjadi impian dan muncul dalam angan-angan apabila terlihat di atas jalan raya. Semua kereta yang selalu ada dalam wishlist. Bolehlah test duduk di seat belakang macam orang ada-ada lepas ni.
Kereta Untuk Muatan Besar- Toyota Estima/ Toyota Alphard/ Toyota Vellfire
Sangat sesuai untuk mereka yang bercuti seisi keluarga atau dalam kumpulan yang besar dengan muatan besar. Apa salahnya kalau ada bajet lebih.
Kereta Tahan Lasak- Toyota Hilux
Kalau ada yang inginkan kereta yang tahan lasak, Toyota Hilux menanti anda. Bolehlah bawa masuk hutan. Manalah tahu ada yang minat memandu atas jalan bertanah.
Kereta Honda- Honda Accord/ Honda Civic/ Honda CR-V
Buat mereka yang lebih sukakan Honda, inilah rangkaian kereta Honda yang tersedia untuk anda.
Kereta BMW 320 Series
Kalau inginkan pengalaman yang betul-betul luar biasa dengan keunggulan dan kelas tersendiri, bolehlah sewa kereta BMW 320 Series. Betul-betul mewah perjalanan di Pulau Pinang kalau macam ni. Mesti selesa. Mesti bahagia.
Testimoni Penyewa Kereta Bersama Pemandu dari Ridho Travel
Penyewa ini sangat berpuas hati dengan servis kereta sewa Ridho Travel. Beliau juga memuji layanan baik yang diberikan oleh pihak syarikat. Tahniah Ridho Travel!
Bila servis bagus, pelanggan pun akan sudi dan terbuka hati untuk sebarkan servis kita kepada rakan-rakan mereka. Alhamdulillah.
Macam mana? Hebat tak servis kereta sewa dengan pemandu daripada Syarikat Ridho Travel? Pastinya takkan terkalahkan oleh syarikat lain. Bagi mereka yang sedang tercari-cari kereta sewa untuk berjalan-jalan di Pulau Pinang, tiada pilihan lain yang lebih baik daripada Ridho Travel.
Booking Kereta Sewa dan Pemandu di Penang Ini Sekarang !
Nikmatilah percutian dengan perjalanan berkereta yang terbaik dengan Ridho Travel. Bagi yang berminat dengan servis kereta sewa bersama pemandu dengan Ridho Travel, hubungi Ridha Travel & Tours sekarang di talian seperti yang tertera di bawah.
>>>017 – 4008804 <<<
>>>017 – 4008804 <<<
>>017 – 4008804 <<<
Semoga percutian anda menjadikan kehidupan anda lebih bermakna dan menambahkan pengalaman berharga dalam hidup. Semoga juga perjalanan anda sentiasa dalam keadaan selamat dan menjadi yang terbaik.
Anda Mungkin Meminati
The post Kereta Sewa dan Pemandu di Pulau Pinang appeared first on Prof Hariz.