Musim cuti sekolah bakal kunjung tiba. Pasti anda sedang tercari – cari destinasi pilihan untuk meluangkan masa cuti bersama keluarga tercinta, kan? Masa cuti seperti inilah masa yang paling tepat untuk diluangkan bersama keluarga. Tapi…. Nak ke mana? Jom kita ke Selatan Semenanjung Malaysia!
Johor Darul Ta’zim terletak bersempadan dengan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Jom terjah ibu negeri Johor, iaitu Johor Bahru. Johor Bahru merupakan destinasi pilihan yang paling tepat! Johor yang semakin hari semakin membangun pesat dari pelbagai sektor membuatkan negeri ini semakin gah di persada negara.
Dah bercuti di Johor Bahru, wajiblah mencari penginapan yang sesuai, kan? Jangan risau. Kami bawakan anda pilihan Homestay yang sesuai didiami oleh anda dan keluarga. Tugas anda setelah selesai membaca artikel ini hanyalah memilih dengan bijak dan tempah segera homestay tersebut sebelum ditempah orang lain!
Pilihan Homestay Yang Menarik, Selesa Dan Terbaik Buat Anda Di Johor Bahru
Cantik bukan pemandangan di Johor Bahru ni? Dah kalau negeri Johor ni pun dah cantik, apatah lagi homestay homestay yang terdapat di Johor Bahru ni, kan? Cakap banyak pun tak guna, jom kita lihat homestay homestay yang terdapat di Johor Bahru ni! Saya bawakan 7 pilihan homestay terbaik dan menarik buat anda!
#1 HOMESTAY NUSA IDAMAN DI JOHOR BAHRU
Homestay Nusa idaman ini terletak di Bandar Nusajaya atau lebih dikenali dengan nama barunya Iskandar puteri. Merupakan salah satu kawasan pembangunan yang sedang giat dibangunkan. Apa yang menariknya tentang homestay di Nusa Idaman ini?
Ok.. bagi mereka yang gemarkan sesuatu yang unik dan buat penggemar lego dan Star Wars, sila masukkan homestay ini ke dalam list penginapan anda ya! Ini kerana dekorasi dan tatarias rumah ini di ilhamkan dari gabungan dua elemen ini iaitu lego dan Star Wars. Sesuatu yang lainkan?
Homestay Nusa Idaman ini merupakan rumah teres dua tingkat dan mempunyai 5 bilik dengan kapasiti muatan 9 orang dan lebih. Suatu pilihan penginapan yang praktikal bagi mereka yang datang dengan keluarga besar mahupun bagi mereka yang datang secara berkumpulan. Mempunyai 5 bilik tidur yang dilengkapi dengan katil dan 3 bilik air.
Bagi yang meragui kebersihan homestay ini, haa….. Nampak tak peraturan yang ditetapkan? Jadi isu kebersihan pasti tidak akan menjadi masalah untuk anda ya. Antara kemudahan lain yang terdapat di homestay ini ialah kemudahan memasak, parking, televisyen dan ia juga dilengkapi dengan penyaman udara.
Macam mana? Menarik? Harga yang dikenakan untuk semalam ialah RM 359 pada hari biasa dan RM 429 untuk hujung minggu. Satu harga yang berbaloi dengan keadaan rumah dan keselesaan yang ditawarkan. Selain dari kawasannya yang strategik rasanya homestay ini patut berada di dalam short listed anda taw! Percutian anda pasti akan lebih seronok dengan penginapan yang selesa dan unik ini. Jadi, untuk urusan tempahan dan maklumat lanjut anda bolehlah ke pautan ini http://abnb.me/EVmg/2cx4xdg89z.
#2 HOMESTAY PUTERI HARBOUR DI JOHOR BAHRU
Jika anda ke Johor Bharu, pastinya Puteri Harbour ini akan menjadi salah satu tempat destinasi percutian anda. Mana tidaknya, pembangunan dan kewujudan beberapa taman tema yang menarik disini seperti Sanrio Hello Kitty Town sudah pasti akan menjadikan percutian anda satu percutian yang amat menyeronokkan terutama bagi mereka yang berkeluarga dan ingin melihat kegembiraan anak anak anda. Taman tema? Kanak kanak mana yang tidak suka kan? Dah sampai ke sini mencari penginapan selesa seperti berada di rumah sendiri?
Haa… saya cadangkan anda cuba usha Homestay Puteri Harbour ni. Merupakan sebuah apartment baru yang menawarkan keselesaan dengan kadar yang berpatutan. Kedudukannya yang strategik dan berdekatan dengan tempat tempat menarik seperti Hello Kitty Town dan Johor Premium Outlet. Homestay ini mampu memuatkan 5 orang tetamu dan lebih. Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Bilik tidur utama menempatkan satu queen size bed begitu juga dengan bilik tidur ke dua dan bilik tidur ketiga dilengkapi dengan satu single bed. Selain itu terdapat juga extra tilam yang ditempatkan di ruang tamu. Keadaan dan susun atur homestay ini juga amatlah bersih dan selesa. Tak percaya? Mari kita tengok gambar gambar ruang di homestay ini.
Cantik kan? Kemas dan bersih sahaja keadaannya. Haa.. ini adalah gambar ruang makan dan ruang dapur homestay. Jadi jika penginapan anda melebihi dari satu malam pun pasti tidak menjadi masalah tau. Kerana anda dibenarkan memasak ya disini. Kelengkapan seperti microwave, dapur dan peti ais ada disediakan.
Haa… nampak empuk tak katil tu? Selesa kan? Bayangkan seharian penat berjalan, pulang dan rehatkan badan di katil empuk dan selesa ini pasti menjanjikan tenaga yang lebih untuk hari esok kan? Jadi tak terganggu lah perjalanan percutian anda.
Lengkap dengan kemudahan alat mandi dan juga tuala taw!
Ini pula adalah keadaan bilik ke 3. Wahh, walaupon katil single tapi nampak sangat selesa. Macam mana? Berpuas hati dengan keadaan homestaynya? Eh, tunggu.. Selain dari homestay yang selesa ini anda juga dapat menggunakan kemudahan lain yang disediakan di sini ya. Disebabkan Homestay Puteri Harbour ini merupakan sebuah apartment yang dilengkapi dengan kolam renang, gymnasium dan kafe maka anda juga dapat menggunakan kemudahan ini sekiranya anda menginap di Homestay Puteri Harbour ni tau! Menarik bukan?
Antara kemudahan lain yang boleh anda dapati di Homestay Puteri Harbour. Selain dari keselesaan dan kemudahan yang disediakan disini, anda juga dapat menikmati pemandangan yang cantik tau. Ini kereana homestay ini turut mempunyai balkoni yang membolehkan anda menikmati pemandangan sekitar homestay ini.
Antara pemandangan yang boleh anda nikmati di Homestay Puteri Harbour. Menarik? Tak sabar nak book? Harga yang ditawarkan untuk semalam ialah RM 399. Cukup berbaloi dengan kemudahan dan keselesaan yang menanti anda nanti. Jadi untuk urusan tempahan, maklumat dan pertanyaan yang lebih lanjut sila klik pada pautan ini ya! http://abnb.me/EVmg/9J7eiWsKNA
#3 HOMESTAY TAMPOI DI JOHOR BAHRU
Tampoi merupakan salah satu bandar yang terletak di Johor. Jika anda perlu ke Johor dan tidak mempunyai penginapan apa kata anda book sahaja Homestay Tampoi ni. Homestay ini terletak di sekitar Bandar Baru Uda dan mengambil masa kurang 20minit untuk ke Johor. Homestay ini juga berdekatan dengan persimpangan susur keluar highway Pasir Gudang ya, jadi lokasinya boleh dikatakan sangat strategik dan mudah untuk anda mendapatkan kemudahan lain. Merupakan satu unit apartment baru yang selesa dan harga penginapan yang ditawarkan pula sudah pastilah berbaloi.
Homestay Tampoi ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air dengan anggaran kapasiti 6 orang dan lebih. Mempunyai balkoni yang membolehkan anda untuk menikmati pemandangan di sekitar kawasan rumah dan juga pemandangan kolam renang. Haa… jangan ada yang cuci mata ke lain ya! Bagi ibu atau bapa anda mungkin boleh menghabiskan masa di balkoni sambil memerhatikan gelagat anak anak anda di kolam renang. Bagi kanak kanak pula sudah pasti lah kewujudan kolam renang akan menarik perhatian mereka.
Bagi sesetengah orang, mencari makanan di tempat baru merupakan satu masalah iyalah, perut orang lain lain bukan? Tidak semua boleh memakan makan dengan sewenang wenangnya. Haa… jangan risau, homestay ini ada menyediakan kelengkapan memasak untuk anda. Ruang dapur dan makannya juga selesa taw.. Jadi bolehlah anda memasak beramai ramai.
Ini pula susun atur bagi setiap bilik. Nampak teratur dan terjaga bukan? Kan dah cakap awal tadi, anda boleh dapatkan keselesaan penginapan dengan kadar yang berbaloi tau di sini. Jadi.. bagi yang merancang percutian ke Johor, mencari tempat yang berbaloi. Bolehlah jadi kan Homestay Tampoi ini sebagai pilihan anda. Harga yang dikenakan pula ialah RM 230 semalam.
.
Antara pelanggan yang berpuas hati dengan penginapan di homestay ini. Walaupon lokasi homestay ini bukan lah di tengah tengah Johor Bharu, namun jaraknya agak berdekatan dan tidaklah membebankan anda untuk kesana. Jadi apa salahnya masukkan ia kedalam list anda ya! Tambahan dengan harga yang berpatutan.. Untuk keluarga yang mengutamakan penjimatan tetapi inginkan yang terbaik untuk keluarga anda? Haa… Homestay Tampoi ini adalah pilihan bijak untuk anda. Untuk tempahan dan maklumat lanjut anda boleh ke pautan ini http://abnb.me/EVmg/SwEJUyJ34z.
#4 SERI AUSTIN TEBRAU DI JOHOR BAHRU
“Tajuk Johor Tanjung Puteri”
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu
Anda pernah mendengar lagu ini? Ya, sebut sahaja Tebrau pasti ada yang mengaitkannya dengan Selat Johor kan? Lautan yang memisahkan Johor dan Singapura. Tebrau juga merupakan mukim ketiga terbesar di Johor. Wah, macam pengenalan untuk subjek Geografi pula.
Ok.. apa yang saya nak sampaikan ialah Tebrau merupakan salah satu bandar yang berada di dalam Johor Bharu. Jadi jika anda sampai ke Johor Bharu dan ingin mencari penginapan yang berpatutan. Haa… Homestay di Seri Austin Tebrau ini patut anda pertimbangkan! Kenapa? Kenapa perlu dipertimbangkan? Eh, mesti lah perlu dipertimbangkan ia merupakan homestay yang berada di apartment mewah tetapi dengan kadar yang amatlah berpatutan tau! Tak percaya?? Mari tengok apa istimewanya homestay ni.
Taraa…. Amacam? Nampak kemas, teratur dan selesa kan? Haa.. keselesaan pengunjung memang menjadi aspek utama bagi pengusaha homestay ini tau. Jadi tidak hairan lah jika segala susun atur perabut dan kebersihan apartment sentiasa dalam keadaan yang yang bersih dan kemas. Homestay Seri Austin ini mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Jadi bagi mereka yang bertandang ke Johor dalam kumpulan kecil mahupun keluarga kecil, homestay ini pasti dapat memenuhi permintaan anda. Iyalah, penginapan yang selesa, murah dan yang penting berbaloi!
Di Homestay Seri Austin ini, setiap bilik dilengkapi dengan 1 katil yang bersaiz queen. Kelengkapan kelengkapan lain yang disediakan ialah kelengkapan memasak, alatan mandi, televisyen dan sudah pasti penyaman udara! Jadi, anda tidak perlu risau ya kalau cuaca panas sekali pun pasti anda akan kekal nyaman di dalam homestay ini.
Ruang makan dan dapur yang tersusun rapi. Kemas bukan? Saya pasti Homestay di Seri Austin ini akan memberikan anda kepuasan dan keselesaan sepanjang penginapan anda disini. Selain dari kemudahan homestay, anda juga dapat menggunakan kemudahan yang disediakan di apartment itu.
Haa.. antara kemudahan lain yang boleh anda dapatkan jika anda menginap di Homestay Seri Austin ini. Menarik tak? Ya, disini terdapat juga gymnasium, kolam renang, dobi layan diri dan taman permainan. Kemudahan yang lengkap untuk semua peringkat usia kan?
Nampak tak wajah wajah ceria mereka yang sudah pun menginap di Homestay Seri Austin ini. Mana tidaknya, segala kemudahan dan keselesaan diperolehi dengan harga yang amat berpatutan tau. Dengan kadar serendah RM 199 semalam anda dapat merasai kesemua kemudahan di atas. Berbaloi kan? Jadi anda jangan lepaskan peluang ya. Cepat ke pautan ini http://abnb.me/EVmg/wri06FUjVz untuk urusan tempahan dan maklumat lanjut.
#5 NUSABAYU DI JOHOR BAHRU
Ingin ke Legoland? Penginapan agak mahal? Mencari penginapan yang berpatutan berdekatan dengan Legoland? Haa…..apa kata anda masukkan Homestay Nusabayu ini kedalam list anda. Homestay Nusabayu ini merupakan sebuah rumah 2 tingkat dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Besar kan? Ya cukup besar dan selesa untuk anda yang datang dengan keluarga besar. Kedudukan homestay ini juga berdekatan dengan Legoland, iaitu 10minit masa pemanduan. Kemudahan lain yang disediakan? Mari baca lebih lanjut.
Memandangkan homestay ini adalah dari unit rumah 2 tingkat, maka kemudahan parking pastilah disediakan. Jadi, anda tidak perlu risau tentang keadaan kereta anda terutama di waktu malam. Ruang parkirnya juga luas dan berpagar. Ok, jom tinjau keadaan dalam homestay pula!
Kemas dan teratur, itulah antara komen yang sering diperolehi dari mereka yang menginap di Homestay Nusabayu ini. Anda lihat sendirilah ya, bagaimana susun atur dan kekemasan ruang tamunya. Pasti anda akan merasa seperti berada di rumah sendiri.
Bilik tidur utama, dilengkapi dengan 1 katil queen dan 1 katil single. Haa, bagi mereka yang datang dengan keluarga besar, mungkin boleh mengambil 1 bilik untuk 1 keluarga? Ini sudah menjimatkan perbelanjaan bagi penginapan anda. Keadaan setiap bilik juga sangat selesa ya! Bilik bilik lain juga turut dilengkapi dengan katil. Mari kita lihat gambar bilik bilik yang lain.
Haa… kemas bukan? Bagi bilik 2 dan bilik 3 ianya dilengkapi dengan 1 katil bersaiz queen size. Manakala, untuk bilik 4 pula terdapat 1 katil single. Gambaran awal dah dapat, jadi mungkin anda boleh merancang penginapan anda dengan lebih terperinchi. Eh, tapi sebelum tu baca sampai habis dulu ya. Terdapat banyak lagi sebab yang menjadikan Homestay Nusabayu ini harus menjadi pilihan untuk penginapan anda sekeluarga sepanjang di Johor.
Selain dari ruang bilik yang kemas dan teratur serta ruang rumah yang besar, haa… Homestay Nusabayu ini juga menyediakan kemudahan untuk anda memasak. Jadi, jika anda bermalam disini, sudah bosan dengan makanan luar atau susah mendapatkan makanan yang kena dengan selera anda? Haa.. apa kata anda masak sahaja beramai ramai. Pasti lebih meriah percutian anda. Tapi pastikan anda menjaga kelengkapan yang disediakan ya.
Homestay ini bukan sahaja berdekatan dengan Legoland, malah ia juga berdekatan dengan tempat tempat lain tau. Mudahkan?
Haa… terpancar kepuasan dan wajah gembira bagi mereka yang pernah menginap di HOmestay Nusabayu ini. Mana tidaknya, penginapan yang selesa dengan lokasi yang strategik. Harga? Mestilah berpatutan! Serius tau, harga untuk penginapan di Homestay Nusabayu ini ialah RM 270 semalam. Berbaloi bukan? Untuk urusan tempahan, maklumat lanjut dan gambar gambar yang lebih terperinchi sila klik pada pautan ini ya! http://abnb.me/EVmg/jYV2wuvKNA
#6 AUSTIN PERDANA DI JOHOR BAHRU
Haa.. ini pulak homestay bagi mereka yang mungkin datang dalam kumpulan kecil. Dengan kapasiti muatan 3 ke 4 orang. Bagi golongan remaja yang ingin berjalan di sekitar Johor Bharu ataupun bagi mereka yang berkeluarga kecil, Homestay Austin Perdana pasti menjaminkan keselesaan yang tip top untuk anda!
Homestay Austin Perdana, merupakan satu unit apartment di Pangsapuri Permata Austin. Mengapa saya katakan ianya sesuai untuk mereka yang datang dengan kumpulan kecil ataupun mereka yang berkeluarga kecil? Haa.. ini kerana homestay mempunyai satu bilik sahaja. Berkonsepkan studio house, mempunyai ruang tamu, 1 bilik air dan 1 bilik tidur. Walaupun kecil, jangan risau ya.. Keselesaan yang bakal anda rasai umpama anda menginap di hotel lima bintang tau! Jom saya belanja gambar gambar ruang homestay ini.
Taraa…. Ruang tidur yang bakal menjanjikan anda tidur yang lena dan nyenyak. Haa, jangan ada yang tak bangun sudah, bukan apa takut sedap sangat tidur.. Habis lari jadual perjalanan untuk hari esok. Simple dan teratur bukan?
Keadaan ruang tamu juga sangatlah kemas dan juga praktikal untuk para tamu. Lengkap dengan televisyen dan juga balkoni ya. Jadi boleh lah anda menikmati pemandangan sambil menghirup udara Johor. Haa… teruja tak? Tunggu, ada banyak lagi kemudahan lain tau.
Anda juga dibenarkan untuk memasak ya di homestay ini. Homestay Austin Perdana ini turut di lengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan alatan memasak. Selain dari kemudahan rumah, anda juga boleh merasa kemudahan lain yang disediakan oleh pihak pengurusan Pangsapuri Permata Austin ini.
Antara kemudahan yang disediakan oleh pengurusan Pangsapuri Permata Austin ini ialah kolam renang dan court badminton. Haa… jadi bolehlah anda membawa sekali raket anda jika anda menginap di Homestay Austin Perdana ini. Oh, homestay ini juga turut menyediakan wifi ya! Senang cerita, keselesaan dan kemudahan yang ditawarkan oleh Homestay Austin Perdana ini pasti akan memudahkan percutian anda di Johor Bharu ini. Dan yang paling uatama ialah, kesemua kemudahan dan keselesaan diatas boleh anda dapati dengan harga serendah RM 159 semalam! Serius sangat berpatutan kan? Sama kadar penginapan dengan anda menyewa di hotel betul? Jadi buatlah pilihan bijak ya.. Untuk sebarang maklumat lanjut dan tempahan sila layari pautan ini. http://abnb.me/EVmg/hRcfIxvBlA
#7 JP PERDANA DI JOHOR BAHRU
Homestay JP Perdana, merupakan homestay bajet namun menyediakan keselesaan dan kemudahaan yang tidak berbaloi dengan harganya. Eh? Tak berbaloi? Apa ni? Haa.. jangan salah faham, maksud tidak berbaloi disini ialah, harga murah tetapi kemudahan yang ditawarkan sebaris dengan harga penginapan di hotel tau! Tak percaya?
Homestay JP Perdana ini merupakan sebuah rumah teres 1 tingkat yang bertempat di Taman JP Perdana, Johor Bharu. Mempunyai 3bilik tidur dan 2 bilik air. Amat bersesuaian bagi keluarga sederhana mahupun mereka yang datang secara berkumpulan. Untuk anda yang mungkin sedang merancang untuk menghabiskan cuti sekolah ataupun memenuhi undangan perkahwinan di sekitar Johor Bharu, apakata anda masukkan homestay ini ke dalam list tempat penginapan anda.
Susun atur dan kekemasan ruang tamunya sudah cukup untuk memberikan keselesaan bagi anda sebaik sahaja melangkah ke dalam homestay ini. Dilengkapi dengan sofa dan televisyen, homestay ini juga turut menyediakan kemudahan lain seperti seterika, cerek dan juga ruang parkir yang boleh memuatkan 2 biji kereta. Oh, tv juga didatangkan dengan pakej Astro Njoi tau! Haaa… penat berjalan boleh lah anda berehat sambil menonton televisyen pula.
Keseluruhannya, Homestay Jp ini mempunyai 3 bilik tidur yang dilengkapi dengan katil. Walaupun saiz katil untuk setiap bilik adalah berbeza, tetapi cukup untuk memenuhi kehendak dan kemahuan pelanggan. Bilik utama dilengkapi dengan satu katil bersaiz queen, manakala dua bilik yang lain dilengkapi dengan katil bersaiz single.
Anda juga turut disediakan dengan kelengkapan alatan memasak dan juga ruang makan yang luas dan selesa. Terpulang pada keselesaan anda hendak menggunakan peralatan memasak yang disediakan atau pun sebaliknya. Ini bukan kerana isu kebersihan ya, tetapi lebih kepada keselesaan individu. Apa apa pun, kemudahan yang disediakan seperti ruang dapurnya yang lengkap dengan peti ais dan cerek pasti akan memudahkan urusan anda. Bagi yang mempunyai anak kecil, anda tidak perlu risau lagi tentang sumber air panas anda. Mudah bukan?
Kedudukan Homestay JP Perdana ini juga agak strategik ya, dimana jarak ke tempat tempat menarik disekitar Johor jugak tidak lah begitu jauh. Begitu juga dengan laluan ke tempat lain seperti mall dan juga hospitalitis yang lain. Jadi, Homestay JP Perdana ini pasti akan memudahkan urusan anda sepanjang berada di Johor Bharu. Kadar sewaan yang ditetapkan juga adalah setimpal dan berbaloi dengan kemudahan dan keselesaan yang ditawarkan iaitu RM 270 semalam. Berbaloi ya, bagi anda yang datang berkeluarga mahupun dalam kelompok kumpulan yang besar, kadar yang ditetapkan pasti tidak membebankan anda.Haa.. tunggu apa lagi tu? Cepat cepatlah merisik khabar Homestay ini, takut nanti penuh pula. Untuk maklumat lanjut, gambar dan urusan tempahan sila ke pautan ini ya! http://www.homestaytawakkal.com/services_item/homestay-taman-jp-perdana-jb
Jom Tempah Homestay di Johor Bahru Ini Sekarang !
Dah selesai membaca, macam mana? Sudah ada homestay yang menjadi pilihan? Bagi yang merancang untuk bercuti, pastikan pemilihan homestay sesuai dengan keperluan dan bajet anda ya. Pilihlah yang memudahkan anda. Seperti senarai homestay yang saya paparkan di atas, kesemuanya berdekatan dengan destinasi percutian di sekitar Johor Bharu dan mampu memberikan anda keselesaan disamping harga yang berpatutan. Apapun, tidak kiralah atas alasan apa anda ke Johor, baik bercuti mahupun bekerja pastikan anda memilih penginapan yang sesuai dengan bajet dan kehendak anda ya. Selamat membuat pilihan!
Anda Mungkin Meminati
The post Homestay Di Johor Bahru appeared first on Prof Hariz.