Sebagai seorang wanita yang menjaga penampilan, anak tudung atau terma trend terkini “inner” adalah pakaian yang paling wajib dikenakan jika ingin bergaya pada masa yang sama memastikan aurat rambut terjaga dan tidak terkeluar dari tudung.
Meskipun ianya hanya dipakai dibawah shawl atau apa sahaja bentuk tudung, ianya mempunyai pelbagai fungsi dan kelebihan. Antaranya:
- Menjaga rambut supaya berada didalam inner dan tidak terkeluar dari hujab
- Mengurangkan geseran antara inner dan hijab
- Tempat untuk menyemat jarum peniti apabila mengayakan pelbagai bentuk shawl
- Membantu shawl kelihatan kemas dan rapi
Jenis Inner Tudung Yang Biasa Digayakan Oleh Wanita di Luar Sana. Anda?
Jika dulu, rekaan inner terhad kepada anak tudung kait pelbagai corak, kini terdapat pelbagai rekabentuk yang bukan sahaja sebagai penghias, tetapi mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Material dan fabrik digunakan juga tidak terhad kepada kain cotton biasa. Tebal atau nipis, rekaannya mengikut trend terkini. Berikut adalah beberapa jenis inner yang biasa digayakan.
1. Jenis Inner Tudung Ninja
Inner yang diinspirasikan oleh penutup kepala ninja ini mempunyai rekaan yang panjang yang menutupi keseluruhan bahagian rambut, telinga dan tengkuk. Sesetengah inner ninja mempunyai cepol di bahagian belakang, sesuai untuk yang berambut panjang, manakala inner ninja yang tidak bercepol, untuk berambut pendek. Inner ninja ni sesuai dipakai oleh wanita yang mempunyai bentuk muka bujur dan panjang.
2. Jenis Inner Tudung Lace
Inner ini seperti namanya, menggunakan material yang dibuat daripada lace. Rekaan lace menjadikan inner kelihatan mewah, cantik dan elegen. Kelebihan material lace adalah ia berupaya mengikut bentuk kepala pemakai. Walaubagaimanapun, jika ia tidak dijaga dengan baik, ia mudah rosak kerana coraknya yang sangat halus.
3. Jenis Inner Tudung Neck
Bagi yang ingin mengayakan shawl, inner neck digunakan kerana ia menutupi bahagian leher. Fungsinya untuk menutup bahagian leher kerana dikhuatiri akan terdedah. Bergantung kepada pereka, terdapat inner neck yang panjangnya sekadar menutup leher dan yang labuh menutupi sebahagian atas dada. Rekaan Inner neck tidak jauh dari inner ninja, cuma ia tidak melekap mengikut bentuk muka.
4. Jenis Inner Tudung Silang
Rekaan inner silang tidak jauh berbeza dengan inner neck biasa. Cuma kekemasan pada bahagian atas kepala mempunyai rekaan kain yang bersilang supaya kelihatan lebih bergaya dan elegan. Tidak semua bentuk wajah sesuai menggunaka rekaan inner silang. Oleh hal demikian, sebelum mendapatkan inner ini, digalakkan mencuba terlebih dahulu untuk melihat kesesuaian wajah.
5. Jenis Inner Tudung Anti-Tembam
Inner anti-tembam in direka khas bagi mereka yang mengambil berat dengan bentuk wajah mereka. Ia direka untuk menutupi bahagian pipi yang comel Atau “Chubby”. Walaupun terdapat wanita yang suka pipi yang chubby, adakalanya, ia akan membuatkan wajah kelihatan bulat. Ia tidak mendatangkan masalah, tetapi terdapat wanita yang tidak gemar kelihatan bulat.
6. Jenis Inner Tudung Snowcap
Material inner snowcap biasanya menggunakan fabrik yang ringan dan mempunyai tali yang boleh diselaraskan pada bahagian belakang. Penyelarasan ini membolehkan pemakai mengubah laras mengikut keselesaan. Ia biasanya akan melekap di dahi dan memberikan impak kemas dan selesa.
7. Jenis Inner Tudung Turban
Tidak jauh berbeza dengan inner silang, biasanya inner turban ini digunakan pada bahagian luaran. Bentuk nya seperti turban singh. Rekaannya juga pelbagai mengikut pereka. Rekaan ini popular digayakan oleh penyanyi Yuna. Oleh kerana ia hanya menutup kepada dan sebahagian telinga, adalah lebih sesuai dipakaikan bersama inner neck untuk menutup bahagian leher.
8. Jenis Inner Tudung Dagu
Inner dagu dipakai oleh wanita yang menitik-beratkan pemakaian hijab mengikut hukum dan aturan berhijab di dalam Islam. Rekaannya mempunyai kain yang menutup sebahagian dagu. Ia juga di pakai oleh wanita yang ingin menyembunyikan lemak tambahan yang berada dibawah dagu, atau lebih dikenali sebagai “second chin” Terdapat juga rekaan yang mengabungkan inner dagu dan inner anti tembam yang hanya memperlihatkan rupa bentuk wajah.
9. Jenis Inner Tudung Kait Oldskool
Juga dikenali sebagai anak tudung, inner ini adalah inner classic yang telah wujud sejak sekian lama sebelum wujudnya trend inner yang berfesyen. Kelebihan inner ini adalah ianya memberikan aliran udara yang baik kerana menggunakan benang kait yang tebal. Teksturnya yang tebal menyebabkan kain tudung tidak bergerak. Walaupun penggunaanya semakin berkurangan, ia tetap mendapat tempat dikalangan wanita-wanita khasnya warga veteren.
Terdapat banyak lagi rekaan inner yang tidak dinyatakan. Antaranya adalah inner bonnet yang banyak digayakan oleh Hana Tajima, Inner magic yang direka bagi wanita yang tidak suka tekanan yang ketat pada bahagian telinga, inner bun yang mempunyai benjolan, inner bandana yang menyerupai ikatan bandana, inner syria dan banyak lagi rekabentuk yang menarik.
Memperkenalkan Inner Terkini Soohana Rekaan Jenama Dewi Saffiya Paling Terbaik
Satu lagi inner rekaan terbaru adalah Inner Soohana rekaan jenama Dewi Saffiya. Tampil dengan tudung yang ringkas dan mudah untuk digayakan, selesa serta kombinasi warna yang ekslusif.Inner Soohana ini diperbuat dari Lycra Cotton Kualiti premium. Rekaan yang ringkas ini mengabungkan ciri-ciri beberapa rekaan inner yang lain, antaranya adalah inner neck, inner ninja dan inner anti-tembam.
Material dan fabrik yang digunakan sangat selesa digunakan. Tidak seperti inner yang lain, material lycra cotton yang digunakan memastikan ianya anjal dan melekat pada sekitar wajah anda. Ini menyebabkan rambut tersimpan kemas didalam rambut.
Tidak seperti material cotton yang lain, lycra cotton ini tidak panas oleh hal demikian, anda tidak merasa rimas walaupun memakainya pada satu jangka masa yang lama. Material ini juga mempunyai ciri-ciri ant-tembam. Bagi anda yang memiliki pipi yang comel, inner ini dapat menutupkan pipi yang comel supaya tidak kelihatan bulat.
Luas bukaan muka inner Soohana ini sebesar 10inci dan mempunyai kain labuh sepanjang 16inci bermula daripada bawah dagu hingga ke hujung tudung. Panjang kain ini menutupi keseluruhan leher dan sebahagian atas dada. Terdapat 15 warna yang anda boleh pilih, sesuai digayakan dengan koleksi pakaian dan shawl anda.
Jom Dapatkan Inner Soohana Lebih Selesa dan Tidak Panas
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan inner ekslusif yang ringkas, pada masa yang sama, selesa dan mudah digayakan, Inner SOOHANA adalah pilihan. Anda boleh dapatkan secara online atau hadir terus ke Butik yang beralamat seperti di bawah :-
Alamat D Narz Kluang :
D NARZ Silk House
25, Jalan Rambutan
86000 Kluang, Johor
Telefon : 07 777 1815 @ 07 776 2604
H/P : 017 771 0658
Dan/Atau
Alamat D Narz Melaka :
D NARZ Eksklusif
14, Jalan KF4,
Kota Fesyen MITC
Ayer Keroh,
75450 Melaka.
Tel No : 06 232 4511
H/P : 012 384 1925
The post Jenis Inner Tudung Terkini Yang Wajib Anda Ketahui dan Memiliki appeared first on Prof Hariz.