Terdapat pelbagai sebab kenapa kulit anda kering dan gatal. Apa sebenarnya yang menyebabkan mengalami masalah tersebut. Bagi kebanyakan orang, kulit kering tidak semestinya disebabkan oleh penyakit kulit, tetapi ia boleh disebabkan oleh sabun, pakaian, salah guna pelembab dan mandian air panas.
Bukan itu sahaja, ubat-ubatan untuk masalah seperti diabetes, psoriasis atau maltrunisi juga boleh menyebabkan masalah kulit kering yang teruk. Teruskan bacaan anda untuk memahami bagaimana dan kenapa masalah-masalah yang dinyatakan mengeringkan kulit anda.
Memahami Masalah Kulit Kering dan Gatal
Kulit sihat yang normal di lapis satu lapisan lipid semula jadi atau lapisan bahan berlemak. Lapisan ini yang memastikan kulit sentiasa lembab menjadikan kulit sentiasa lembut dan anjal.
Kulit kering atau terma perubatannya, xerosis biasanya disebabkan oleh persekitaran atau anda telah lakukan sesuatu terhadap kulit, yang menyebabkan minyak berlemak terhakis menyebabkan kulit anda tidak dilindungi. Jarang sekali ia disebabkan masalah dalaman. Selalunya masalah kulit kering ia berpunca daripada keadaan kesihatan, monopause atau genetik.
Meskipun sekelompok kulit kering yang gatal boleh muncul di mana-mana, ia biasanya dibahagian tangan, lengan, tapak kaki dan abdomen. Jika ia tidak dirawat ia boleh menyebabkan dermatitis, bengkak, kembang dan jangkitan. Meskipun ia masalah luaran, kebanyakkan rawatan untuk kulit kering juga melibatkan rawatan luaran. Dengan penjagaan kulit kering yang rapi, biasanya masalah terbebut boleh diatasi.
Salah Guna Pelembab Punca Kulit Kering Dan Gatal
Jika anda menghadapi masalah kulit kering, barangkali anda telah mencuba pelbagai jenis pelembab kulit. Walaupun ia salah satu cara rawatan penting, pakar mengatakan cara penggunaannya salah dan tidak betul.
Antara kesalahan yang sering dilakukan adalah mengaplikasikan pelembab masa yang tidak sesuai. Masa yang sesuai untuk mengaplikasikan pelembab adalah selepas mandi pada ketika kulit masih lembab. Apabila anda menyapu pelembab, pastikan kulit anda tidak basah sebaliknya lembab. Pelembab akan membantu memerangkapkan kelembapan yang terdapat pada kulit.
Pada masa yang sama, anda perlu dapatkan krim pelembab yang betul dan sesuai untuk kulit anda. Pakar kulit mencadangkan anda mendapatkan krim pelembab kulit yang sederhana dan tidak mengandungi alkahol atau pewangi. Tidak semestinya anda mendapatkan krim yang mahal. Ada kalanya krim pelembab yang murah lebih memberikan kesan yang terbaik.
Udara Kering Punca Kulit Kering Dan Gatal
Udara kering adalah antara penyebab kulit kering, lebih-lebih lagi di kawasan yang sejuk atau berpenghawa dingin. Ia menyerap keluar kelembapan dari kulit. Apabila terlampau sejuk, anda akan terasa kulit anda kering dan kelihatan garisan putih apabila menggaru. Ia adalah petanda kulit mengering.
Begitu juga jika anda melancong ke luar negara pada musim sejuk. Kulit anda akan mengalamai masalah kulit kering yang dikenali sebagai “winter itch”.
Sapukan krim pelembab terlebih dahulu sebelum anda masuk kawasan berpenghawa dingin untuk satu jangka masa yang panjang.atau jika anda melancong ke luar negara pada musim sejuk, pastikan anda menggunakan pakaian yang tebal lengkap dengan topi atau snowcap, skaf dan sarung tangan apabila anda di luar.
Mandian Air Panas Yang Lama Punca Kulit Kering Dan Gatal
Pendedahan kepada air mandian terutamanya mandian air panas lebih-lebih lagi mandian bath yang lama, ia boleh menghilangkan minyak semulajadi yang melindungi kulit anda. Jika kulit anda terasa ketat selepas mandian, ia bermakna kulit anda sedang mengering.
Jika anda terbiasa dengan mandian bath yang panas, bertukar kepada mandian pancuran air. Jika anda terbiasa dengan air panas, bertukar kepada air yang suam. Ahli dermatologi menasihatkan mandi terlalu lama jika anda mempunyai masalah kulit kering.
Selepas itu, tekap bukannya menggosok badan dengan tuala sehingga kering. Kemudian sapukan krim pelembab kepada kawasan kulit yang dikehendaki. Pastikan krim pelembab tersebut sesuai dengan kulit anda untuk mengelakkan sebarang masalah.
Sabun Punca Kulit Kering Dan Gatal
Sabun juga boleh menjadi penyumbang dan penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan kulit kering dan gatal. Ini kerana ia mampu menghakis dan membuang minyak semulajadi yang terdapat pada kulit. Minyak semulajadi ini yang menghalang air dari diserap keluar dari kulit.
Meskipun telah dinasihatkan oleh doktor untuk sentiasa membersihkan tangan secara kerap, ia boleh mendatangkan masalah. Ironinya mencuci tangan secara berlebihan dengan sabun akan mengeringkan kulit seterusnya menyebabkan kulit merekah dan berdarah serta boleh membawa kepada jangkitan kulit. Elakkan juga penggunaan span yang kasar, kerana ia juga boleh menghakis lapisan minyak kulit.
Membeli sabun tidak sesuai dan yang kasar seperti sabun anti bakteria yang menghasilkan banyak buih sebenarnya membuang minyak dari permukaan kulit apabila kering. Jika anda mempunyai masalah kulit kering, adalah dicadangkan anda mencari “mild skin cleanser” dari membeli sabun.
Latoucher Mudmist Membantu Mengatasi Kulit Kering Dan Gatal
Latoucher Mudmist adalah semburan wajah dari gabungan bahan alami tanah liat dan herba tradisional. Ia adalah suatu revolusi terkini dalam dunia kecantikan dan kesihatan. Tanah liat elemen semulajadi dipercayai mengandungi mineral yang mempunyai kesan yang positif terhadap kesihatan manusia.
Tanah Liat Mampu Menyerap Toxin Dari Badan
Tanah liat mampu menyerap toxin dari badan yang membantu mengelakkan pelbagai penyakit. Ia juga dikenali dengan kebolehan pemnyembuhan. Pada masa yang sama, ia membantu menyejukkan dan memberi kelembapan kepada badan kerana ia dapat menyimpan lembapan untuk satu tempoh masa yang lama.
Semburan mudmist ini diperkaya dengan pelembab, sntioksiden dan vitamin. Ia juga mengandungi 100%bahan semulajadi yang terdiri daripada, ekstrak tanah liat, ekstrak buah mimusop, kunyit, daun sireh, kayumanis, air suling, air peppermint dan air zamzam.
Latoucher Mudmist ini telah membantu merawat pelbagai jenis penyakit kulit seperti jerawat,kulit kering,eczema dan banyak lagi. Bahan aktif dalam semburan ini dapat melembabkan kulit untuk mengelakkan kulit kering dan gatal akibat daripada cuaca kering, mandian air panas dan sabun yang kasar. Ia mampu menghilangkan kegatalan akibat kulit yang sensitif atau ruam yang tumbuh.
Selain daripada itu, semburan mudmist ini dapat membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Sesuai untuk anda jika mempunyai masalah kulit berjerawat. Ia bertindak dengan mengecil dan menutup liang pori, yang menjadi punca bakteria berkumpul dan menyebabkan jerawat Ia juga memudarkan parut jerawat dan jeragat. Sehubungan itu juga, ia mengekalkan pH pada wajah dan menyergarkan kulit yang terdedah pada sinaran UV. Semburan mudmist juga menjadikan kulit lebih segar, sihat & bersinar. Kulit anda akan kelihatan lebih cantik secara semulajadi.
Bagi yang bermasalah gatal akibat alahan atau, semburan formulasi khas ini mampu mengurangkan alahan. Ia juga berupaya untuk merawat resdung, Caranya dengan menyembur pada muka, dalam hidung dan dalam mulut. Dengan cuaca yang tidak mengizinkan, semburan mudmist ini dapat meredakan selesema dan hidung tersumbat.
Testimoni Semburan La’Toucher Mudmist Untuk Kulit Kering Dan Gatal
Lihat bukti dari pengguna yang menamalkan Semburan mudmist ini. Rata-ratanya mengatakan mereka telah jatuh cinta dengan mudmist. Perubahan dapat dilihat setelah menggunakan mudmist. Dari kulit kering, ia kembali segar dan yang mengalami masalah ruam, kulit kembali pulih seperti sebelumnya. Kata-kata dari pengguna adalah bukti ia mampu merawat dengan berkesan.





Jom Dapatkan La’Toucher Mudmist Untuk Hilangkan Masalah Kulit Kering Dan Gatal
Produk ini sesuai digunakan untuk semua lapisan umur. 100% menggunakan bahan semula jadi dan tidak mengandungi merkuri yang merbahayakan kesihatan. Ianya mendapat kelulusan KKM serta Bersih dan Halal digunakan. Anda boleh dapatkan dengan melayari laman sesawang atau menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp di:
MUDMIST by LA’TOUCHER
(NOT160401462K)
FB page: Latoucher – HNA ent
Whatsapp : +60 18-771 8662
The post Punca Kulit Kering Dan Gatal Serta Cara Mengatasinya appeared first on Prof Hariz.